WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Pentagon sedang mencari beberapa pakar pengodam komputer
untuk cuba mengodam laman internet awam Jabatan Pertahanan negara itu dalam program perintis
bertujuan untuk mencari dan membetulkan kelemahan sistem keselamatan siber.

Menurut Pantagon, ini adalah kali pertama kerajaan persekutuan melaksanakan program
dengan menjemput orang luar untuk cuba memecah masuk sistem rangkaian.

Sebelum ini, syarikat-syarikat besar telah melakukan perkara yang sama.

Pegawai pertahanan membentangkan rancangan tersebut pada Rabu tetapi tidak mendedahkan butiran
seperti bagaimana ia akan dilaksanakan, sistem Pentagon yang akan diuji dan pampasan yang akan
diberikan kepada pengodam.

Program yang digelar "Hack The Pantagon" ini akan bermula pada bulan hadapan.

Memetik AP, Pegawai Jabatan dan peguam masih meneliti beberapa isu undang-undang yang
melibatkan kebenaran untuk memcah masuk laman web Pentagon.

Setiausaha Pertahanan, Ash Carter berkata,  Pentagon menjemput penggodam bertanggungjawab untuk
menguji keselamatan siber kami dan percaya program ini akan mengukuhkan pertahanan digital
bagi meningkatkan keselamatan negara.