Laman web akhbar utama Arab Saudi digodam
JUMAAT, 3 JUN 2016
RIYADH: Penggodam dari luar Arab dilaporkan berjaya menguasai laman web akhbar utama di negara berkenaan dengan melaporkan berita palsu mengenai operasi ketenteraan di Yaman.
Laporan palsu oleh Al-Watan itu disiarkan oleh beberapa laman berita lain di rantau Arab khususnya yang setia dengan kumpulan Syiah yang dikuasai Iran.
Ini terutama apabila hubungan kedua-dua negara semakin buruk tahun ini.
"Versi dalam talian akhbar ini digodam pada jam 9.20 pagi ini (Khamis) waktu tempatan oleh kumpulan seteru yang dari luar negara ini," kata akhbar itu dalam satu kenyataan.
"Mereka berjaya mengambil alih laman web akhbar ini dan menyiarkan berita palsu termasuk kenyataan yang dikeluarkan Putera Mahkota, Mohammed bin Nayef," kata kenyataan itu.
Penggodam secara sengaja menyiarkan pembohongan dan mendakwa mereka mewakili Putera Mohammed.
Baginda dilaporkan berkata, operasi tentera negara bersekutu di Yaman akan dilaksanakan lebih lama lagi daripada tempoh yang dijangkakan dengan Al-Watan menegaskan ia 'tidak berasas dan tidak benar'.
Tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi memulakan operasi serangan udara di Yaman pada Mac tahun lalu sebagai menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi selepas pemberontak Huthi yang disokong oleh Iran merampas beberapa bahagian negara itu.
Al-Watan adalah akhbar yang dimiliki swasta yang dikaitkan dengan anggota keluarga diraja dan berpangkalan di barat daya Bandaraya Abha.

Akhbar itu berkata, kakitangan teknikalnya berjaya memulihkan semula laman web selepas digodam penjenayah siber. - AFP
Rujukan
1. http://www.bharian.com.my/node/160251
Rujukan
1. http://www.bharian.com.my/node/160251
No comments:
Post a Comment